Wednesday, February 25, 2009

Malam Amal Kasihku Palestin

Wednesday, February 25, 2009
Pada 14 Feb 2009, Kolej Unikop telah mengadakan Malam Amal Kasihku Palestin. Majlis bermula lebih kurang jam 9.15 malam bertempat di Dewan Komuniti yang bersebelahan dengan Kolej Unikop. Pada malam tersebut terdapat pelbagai persembahan dari pelajar kolej, penyanyi nasyid Amar dan ramai lagi. Peer's Club telah mengambil kesempatan tersebut untuk membuka gerai dengan menjual makanan dan minuman yang 10% dari hasil jualan tersebut akan kami sumbangkan kepada tabung derma mangsa di Palestin.

Persiapan untuk membuka gerai telah dimulakan sejak dari awal pagi lagi. Kami telah membahagikan setiap tugas kepada AJK supaya segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Kehadiran pada malam tersebut adalah amat menggalakkan.

Alhamdulillah, berkat dari niat kami yang ikhlas semua makanan dan minuman habis dijual. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan sedikit bantuan dari kita semua dapat mengurangkan beban yang dialami oleh saudara kita di Palestin.
























































3 comments:

Anonymous said...

errmmm...i do really enjoy dat night...kowg pon wat jualan sme,,,,bgos2,,,perfomance interestin, nak makan @ minum de jual...sambil enjoy sambil menderma ye tak,,,,kowg mmg bgos2...aku sokong kowg abeh r...+_+

PEERS CLUB ROCK!!!!

Anonymous said...

naqib:hehe tat nite aku dtg dgn baju melayu
berkain songket
kalah org berlakon
padahal aku penonton jer
hahah
tp mmg best serious
bnyk lakonan yg nak wat aku nanges hehe
kesedaran

Anonymous said...

kepada naqib:- toksoh pure-pure,allah bayar cash pada hang baru hang tahu./

Post a Comment