Wednesday, February 25, 2009

Pendaftaran Ahli Baru Peer's Club

Wednesday, February 25, 2009
Pada 20 Februari 2009, kami telah mengadakan pendaftaran terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli Peer's Club. Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM5.
























































































Pada hari tersebut kami juga telah menyebarkan berita tentang Program Homestay serta beberapa aktiviti akan datang yang bakal dijalankan oleh Peer's Club. Disamping itu, Peer's Club juga menjual Sandwich. :)

Lawatan ke Homestay Gemas & Homestay Sri Repah

Memandangkan Peer's Club akan mengadakan program Homestay pada 13, 14 & 15 Mac 2009, kami telah mengadakan lawatan ke Homestay Gemas & Homestay Sri Repah bagi memilih tempat yang mana lebih sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.

Secara ringkasnya, Homestay Gemas terdiri daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Bangkahulu dan Kampung Londah. Berikut adalah gambar-gambar semasa kami mengadakan lawatan ke Kampung Ulu Ladang:
































































Dari Kampung Ulu Ladang, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Sri Repah. Kami tiba di sana pada lewat petang. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan:












































































Antara aktiviti menarik lain yang disediakan di Homestay Sri Repah ialah Explorace Kampung, Jungle Tracking Gunung Tampin dan lain-lain.
Setelah berbincang sesama kami serta mengambil kira faktor kos dan aktiviti yang ingin dijalankan, kami telah membuat keputusan untuk memilih Homestay Sri Repah sebagai destinasi program kami pada kali ini. :)

Malam Amal Kasihku Palestin

Pada 14 Feb 2009, Kolej Unikop telah mengadakan Malam Amal Kasihku Palestin. Majlis bermula lebih kurang jam 9.15 malam bertempat di Dewan Komuniti yang bersebelahan dengan Kolej Unikop. Pada malam tersebut terdapat pelbagai persembahan dari pelajar kolej, penyanyi nasyid Amar dan ramai lagi. Peer's Club telah mengambil kesempatan tersebut untuk membuka gerai dengan menjual makanan dan minuman yang 10% dari hasil jualan tersebut akan kami sumbangkan kepada tabung derma mangsa di Palestin.

Persiapan untuk membuka gerai telah dimulakan sejak dari awal pagi lagi. Kami telah membahagikan setiap tugas kepada AJK supaya segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Kehadiran pada malam tersebut adalah amat menggalakkan.

Alhamdulillah, berkat dari niat kami yang ikhlas semua makanan dan minuman habis dijual. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan sedikit bantuan dari kita semua dapat mengurangkan beban yang dialami oleh saudara kita di Palestin.
























































Proses Mengecat Bilik Peer's Club








Joel cat x rata. :)













cepat cat lah Lily ! ;)















busy jer Zul ...
















Dayang mase cat
pon nak senyum ;)

















Shah tekun ...















Pandai ke Miss Alice bancuh
cat? Hehehe...











Sunday, February 22, 2009

Pendaftaran Ahli Baru Peer's Club & Homestay Sri Repah

Sunday, February 22, 2009
1. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Peer's Club, anda diminta mendaftarkan diri di Bilik Kaunseling (atas Student Centre) beserta dengan yuran sebanyak RM5 per semester.

**********************************************************************************

2. Peer's Club akan menganjurkan Program Homestay di Kampung Sri Repah, Negeri Sembilan.

-program ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam pada 13, 14 & 15 Mac 2009.

-bayarannya adalah sebanyak RM80.

-banyak aktiviti yang disediakan antaranya; Explore Race Kampung, Jungle Tracking Gunung Tampin, Malam Kebudayaan dan berbagai lagi!

-pada sesiapa yang ingin merasakan pengalaman sebenar berada di kawasan perkampungan, inilah masa yang anda nantikan!

- sesiapa yang berminat untuk mengikuti program ini bolehlah mendaftarkan diri di Bilik Kaunseling.


-tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja!!!

Mesyuarat Agong Peer's Club

PERHATIAN kepada semua ahli Peer's Club!

Satu Mesyuarat Agong untuk memperkenalkan AJK baru serta memberikan informasi tentang aktiviti Peer's Club pada semester ini akan diadakan pada 25 FEBRUARI 2009 bersamaan hari RABU, jam 8.30 malam, bertempat di BILIK KAUNSELING.


Pada hari Mesyuarat Agong itu nanti, anda akan dapat menoton movie! Anda juga dapat menyaksikan slide show untuk Program Homestay Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Kehadiran adalah WAJIB bagi semua ahli Peer's Club.

Cakap-Cakap Kami.....

ANIP cakap: Yes akhirnya Peer's Club dah ada blog!

NAD cakap: alhamdulillah...akhirnya.....!hpefully,all da program will be success......aper lg lepas korang tgk blog kami,jgn luper r join club kami....u all sure heboh n ske ngan aktvti kiterong...waa ckp sama lu xrugi join this club......believe it or not believe rrrrrrrr..muahhhh!!!

MISS ALICE cakap: first, i want to say " JUICE FOR PEER's " .... well done .... banyak perubahan yang telah u all wat tok club... i really can see the effort u all put in all the stuff yang u all wat...... i really hope ape yg u all capai dlm merealisasikan objective and matlamat club..... i really have to say this U guyz ROCKKKKK!!!! love u guyz a lot...!!!!!!!! MMMUAAAHHh....

MAN cakap: yaa!!!!!!! peeer's club dah famous, masuk internet tuuuu!

ANGAH cakap: fuyyoooo.... beznye.. macam-macam aktiviti yang peers akan buat lepas ni... mesti bez kan... i will not miss it...

MISS ALICE cakap : erm... today need to settle one of the stuff.. u guyz ready to buzz the people out there....? meeting ngan MPP UITM sedang dijalankan... hope everything ok.... ^.^