Wednesday, April 8, 2009

Program Anak Angkat Kolej Bersekutu UiTM dan Kemasyarakatan Kolej Unikop, Homestay Sri Repah

Wednesday, April 8, 2009
Pada 13, 14 dan 15 Mac 2009, Peer's Club telah mengadakan Program Anak Angkat Kolej Bersekutu UiTM dan Kemasyarakatan Kolej Unikop yang bertempat di Homestay Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.



Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang semangat kekeluargaan serta nilai-nilai kemasyarakatan di samping menghayati konsep “ Budaya Kita, Masyarakat kita ”. Program ini juga ingin mengetengahkan nilai sedar akan asal usul diri kerana pelajar perlu menghargai ilmu yang dimiliki serta sanggup berbakti di tempat mereka lahir dan dibesarkan apabila telah menjadi seorang insan yang berjaya kelak. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa PEER’S CLUB ingin memperlihatkan keberkesanan program ini di kalangan ahli dan mahasiswa Kolej Unikop agar lebih yakin apabila berhadapan dengan cabaran dunia luar dan lebih interaktif. Semua peneraju PEER’S CLUB juga berharap agar PEER’S CLUB Kolej Unikop dapat melangkah maju ke depan dan bakal dikenali ramai lagi khususnya di kalangan masyarakat sejagat.


Berikut adalah dokumentasi tentang perjalanan program tersebut.


13 Mac 2009, Jumaat:

Semua peserta telah diminta berkumpul di Student Centre dari Jam 2 hingga 2.30 petang dengan memakai t-Shirt Peer's Club. Kemudian, satu taklimat tentang perjalanan, disiplin dan keselamatan barang-barang telah diberikan oleh Pengarah Program, Mohd Zul Ikhwan Bin Turiyat.



Perjalanan ke Homestay Sri Repah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di sana, kami telah disambut meriah oleh penduduk kampung.






Program diteruskan dengan bacaan doa selamat serta ucapan dari Pengerusi Homestay Sri Repah dan pengarah program. Setelah itu, pembahagian anak angkat kepada 15 keluarga angkat pula dijalankan. Sesi pembahagian anak angkat ini telah diuruskan oleh pihak urus setia Homestay di mana peserta dibahagikan secara rawak. Ini bermakna, peserta tidak berhak memilih dengan siapa mereka harus tinggal selama 3 hari 2 malam tersebut. Selepas minum petang, semua peserta mula pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.


Disebelah malam, aktiviti diteruskan dengan 'Malam Ramah Mesra'. Ketua Kampung Sri Repah telah menceritakan tentang asal usul kampung tersebut. Selepas itu, pembahagian kumpulan untuk aktiviti jungle tracking dan explorace kampung telah dibuat oleh . Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diberi nama Kumpulan Kampung Jeram, Kampung Padang Ragut, Kampung Bachang dan Kampung Pinchoran.




14 Mac 2009, Sabtu:


Aktiviti pertama yang disediakan pada hari ke-2 kami di sana ialah jungle tracking. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, peserta telah diminta berada di dalam kumpulan yang sudah ditentukan. Sesi senaman serta memanaskan badan telah diketuai oleh AJK Keselamatan, Mohd Izhar Bin Abdul Latif.


Perjalanan meredah Gunung Tampin telah dimulakan lebih kurang jam 9 pagi . Perhentian terakhir kami ialah di air terjun di mana sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan di sana.













































Setelah selesai jungle tracking, semua peserta dijamu dengan sarapan pagi. Kemudian kami diberi peluang untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti pada sebelah petang iaitu Explorace Kampung.

Explorace Kampung dimulakan lebih kurang jam 2.30 petang. Semua peserta masih lagi berada di dalam kumpulan yang ditetapkan. Secara ringkasnya, Explorace Kampung ini terbahagi kepada 5 TASK yang perlu dilalui oleh semua kumpulan.


Task 1: Kopek Kelapa. Di sini, 3 orang wakil daripada setiap kumpulan diminta mengopek kelapa dan membawa kelapa-kelapa tersebut sehingga ke garisan penamat
.


























Task 2: Buat Konkrit. Pada cabaran ini, peserta diminta untuk menyiapkan 2 batang tiang yang diperbuat daripada konkrit.

Task 3: Memancing ikan, siang & salai. Dalam masa setengah jam, peserta diminta memancing 3 ekor ikan menggunakan joran yang diperbuat daripada buluh. Ikan-ikan tersebut kemudian hendaklah disiang dan disalai.




















Task 4: Kraf Tangan. Peserta diminta untuk membuat bakul menggunakan rotan.
















Task 5: Seni Hias Pengantin. Pada cabaran terakhir ini, sepasang 'pengantin' akan dipilih daripada setiap kumpulan dan ahli-ahli kumpulan lain bertanggungjawab untuk menghias pasangan 'pengantin' tadi menggunakan barang-barang terbuang yang dikumpulkan semasa perjalanan mereka sebelum ini.


AHLI KELUARGA KUMPULAN KAMPUNG JERAM:




AHLI KELUARGA KUMPULAN KAMPUNG PADANG RAGUT:




AHLI KELUARGA KUMPULAN KAMPUNG BACHANG:




AHLI KELUARGA KUMPULAN KAMPUNG PINCHORAN:



Tamat sahaja Explorace Kampung, demonstrasi membakar lemang pula dilakukan.




Selesai demonstrasi membakar lemang, semua peserta diberi peluang untuk berehat di rumah keluarga angkat masing-masing.

Jam 9 malam, semua peserta telah berkumpul di padang untuk Malam Kebudayaan. Pada malam tersebut, peserta homestay telah mempersembahkan 3 jenis persembahan iaitu tarian joget, fashion show dan tarian cha-cha. Persembahan dari pihak homestay pula ialah Tumbuk Kalang iaitu sejenis tarian kebudayaan Negeri Sembilan. Selain itu, AJK Peer's Club telah memperkenalkan diri dan jawatan kepada penduduk kampung.



















































15 Mac 2009, Ahad:


Pada sebelah pagi, acara dimulakan dengan senaman pagi. Kemudian kami telah memperkenalkan tarian poco-poco dan chicken dance kepada penduduk kampung tersebut.


Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan Permainan Tradisional seperti kaki tempurung, tarik upih, bowling buah kelapa dan konda-kondi.

















































Selepas aktiviti Permainan Tradisional tersebut, acara diteruskan dengan Hari Keluarga Angkat dimana penyerahan anak angkat dan majlis penutup dilakukan. Selepas itu, semua peserta dijemput ke rumah ketua kampung untuk makan tengah hari.

























Selepas kenduri, semua pesrta berkumpul di balai raya untuk pulang ke kolej. Kami tiba di kolej lebih kurang jam 6 petang.






















































p/s: Ribuan terima kasih kepada semua yang menyertai program ini dan kami berharap agar semua dapat memberikan kerjasama dan sokongan kepada Peer's Club di masa hadapan.