Wednesday, October 7, 2009

Program Perkhemahan Dusun Eco Resort

Wednesday, October 7, 2009
Pada 3 & 4 Oktober 2009, Peer's Club sekali lagi mengadakan satu program untuk ahli-ahli yang sentiasa menyokong kelab ini dari dahulu, kini dan selamanya. Berikut merupakan tentatif beserta gambar semasa program berjalan:

3 OKTOBER 2009

Seramai 28 orang pelajar yang mengikuti program ini. Kami bertolak dari Kolej Unikop pada Jam 8.30 pagi dengan menaiki sebuah bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.


Setibanya di Dusun Eco Resort, kami terpaksa menunggu trak untuk mengangkut barangan dan membawa kami berikutan bas tidak boleh masuk kedalam kawasan perkhemahan.



Setelah sampai di tapak perkhemahan, sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengarah Program, Mohd Hanif Bin Aminuden. Kemudian, Timbalan Pengarah Program, Ira Lilina Bt Zainal telah membahagikan khemah kepada semua peserta.



Selesai memasang dan mengemas khemah, kami meneruskan aktiviti dengan memasak untuk makan tengah hari dan solat zohor berjemaah.



Pada jam 2 petang, aktiviti diteruskan dengan Sukan Air. Di sini, setiap kumpulan diminta membuat sebuah rakit menggunakan 8 batang buluh panjang, 4 batang buluh pendek, 20 utas tali, 4 buah tong dan 4 pendayung. Masa yang diberikan hanya 30 minit.



Selepas aktiviti Sukan Air, kami teruskan dengan aktiviti meniti jambatan gantung dan Flying Fox. Sesudah itu kami beriadah di kolam mandi dan pulang ke khemah untuk solat asar dan bersiap-siap untuk bbq pada malam hari.



Selepas bbq sepatutnya kami akan melakukan aktiviti night walk. Tetapi disebabkan keadaan *trek yang basah dan licin serta mengambil kira faktor keselamatan, kami tidak meneruskan aktiviti tersebut.

**terima kasih PEERSBUSTER

4 OKTOBER 2009

Pada awal pagi ini, kami melakukan aktiviti terakhir iaitu Junggle Tracking. Selepas aktiviti tersebut, kami mandi di kolam dan bersiap-siap untuk pulang.




Bergambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke Kolej Unikop:



Semasa perjalanan balik (di dalam bas):

2 comments:

Anonymous said...

Ada ke tido pakai spek hitam dah la muka macam JKR x siap jalan haha.

lulu chan said...

br daku terjumpa ini cerita

Post a Comment